KUALA LUMPUR 27 Dis. - Malaysia gagal untuk melayakkan diri ke peringkat akhir Kejuaraan Hoki Trofi Asia walaupun berjaya menewaskan juara bertahan, India 5-3 dalam perlawanan yang mendebarkan di Stadium Hoki Al Rayyan di Doha, Qatar, semalam.
Sebaliknya, Pakistan melangkah ke peringkat akhir buat kali kedua dengan perbezaan gol berbanding Malaysia, selepas menewaskan Jepun 5-2 dalam perlawanan sebelum itu.
Pasukan kebangsaan perlu menang sekurang-kurangnya perbezaan enam gol terhadap India bagi menempah tiket ke peringkat akhir.
India dan Pakistan akan bertemu di peringkat akhir manakala Malaysia berpeluang membalas dendam kekalahan terhadap China dalam perlawanan penentuan merebut pingat gangsa yang berlangsung pada Khamis. - BERNAMA
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20121227/su_06/Malaysia-tewaskan-Pakistan-tapi-gagal-ke-final#ixzz2GFMZ6xdV© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment