Tuesday, January 8, 2013

Petua Untuk Menawan Hati Wanita

1. Berikan dia perhatian yang sebenar tanpa menunggu dia memintanya setiap hari.

2. Bila sahaja anda pulang ke rumah, carilah dan peluklah dia dahulu sebelum anda lakukan perkara lain.

3. Berikan dia hadiah yang mengejutkannya pada bila-bila masa, lebih-lebih lagi pada tarikh atau perayaan yang bermakna.

4. Berusahalah untuk memahami dan menyelesaikan masalahnya.

5. Latihlah diri anda untuk menjadi pendengar yang baik serta bertanya soalan yang berkaitan.

6. Rancanglah masa untuk bersamanya lebih kerap.

7. Jangan lupa untuk menelefon dia sekiranya anda terlewat dan pastikan dia memahami masalah anda.

8. Semasa perasaannya tersinggung, tunjukkan rasa simpati dan nyatakan kepadanya:”Saya kasihan awak tersinggung.” Kemudian diamlah. Biarkan dia dapat merasakan bahawa anda memahami yang dia tersinggung.

9. Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa parasnya tetapi biarlah ia realistik.

p/s::kne byk bljo lg nie

Sunday, January 6, 2013

Cara Lelaki Menguji Wanita



Assalamualaikum!!!





Lelaki... walaupun sudah berkali-kali si dia mengucapkan perkataan cinta, namun masih tidak cukup untuk membuktikan kesetiaan terhadap mereka.

Seandainya si dia memiliki kriteria yang diimpikan, tetapi bagi sesetengah jejaka itu bukanlah faktor yang membuatkan dia memilih kamu. Pelbagai cara dilakukan demi menguji kesetiaan yang dibina.


Tidak dinafikan, mereka mempunyai keistimewaan dan kelebihan tersendiri dalam mengenalpasti kesetiaan yang diberikan, sepanjang menjalinkan hubungan bersama teman wanitanya.



Yang pasti, dia akan cuba melakukan pelbagai cara dalam menentukan sama ada anda layak ataupun tidak bertakhta di hatinya.


1.Adakah si dia materialistik? Sering menjadi persoalan kebanyakan kaum lelaki. Untuk mengetahui sejauh mana tahap materialistik anda, mereka akan menguji dengan cara ini:


Memberi hadiah murah

Reaksi kamu: Sering bertanyakan soal harga, jenama, di mana membelinya dan tidak mahu sesekali menyimpan barang tersebut. Kamu gagal.

Reaksi kamu: Gembira dengan pemberian yang amat bermakna dan terus memakainya. Kamu lulus.


Mengajak menikmati hidangan yang murah

Reaksi kamu: Menolak ajakannya, tidak mahu menikmati hidangan yang disediakan dan menunjukkan rasa marah. Anda gagal.


Reaksi kamu: Tidak keberatan menunaikan permintaannya dan menikmati hidangan dengan penuh selera. Anda lulus.


2.Perkara yang melemahkan perasaan wanita apabila diuji tahap cemburu. Sesetengah golongan lelaki sentiasa ingin mengetahui sejauh mana perasaan cemburu kekasihnya. Sama ada berat mahupun tidak, dia akan menguji dengan cara ini:


Mengenalkan kepada kamu bekas teman wanitanya.

Reaksi kamu: Mula mempamerkan wajah yang muram dan sering menanyakan tentang hal berkaitan keperibadian perempuan itu sebaik sahaja diperkenalkan. Anda gagal.

Reaksi kamu: Sentiasa menghulurkan senyuman bahkan memuji perempuan itu di hadapannya. Anda lulus.


Menelefon wanita lain di hadapan kamu

Reaksi kamu: Marah dan mengatakan bahawa kamu tidak suka dia menelefon perempuan lain. Anda gagal.


Reaksi kamu: Bersikap tenang seolah-olah hal itu bukan suatu masalah yang besar. Anda lulus.


3.Hubungan bekas teman lelaki. Rasa ingin tahu sejauh mana hubungan kamu dengan bekas teman lelaki adalah cara dia mengetahui sejauh mana cinta kamu terhadapnya. Ia akan menguji dengan cara ini:



Bertanyakan khabar bekas teman lelaki

Reaksi kamu: “Oh, dia semakin sihat, kami baru saja berjumpa pada minggu lepas”. Anda gagal.


Reaksi kamu: “Kenapa saya perlu mengetahui tentang khabar si dia, sedangkan hati saya telah dimiliki”. Anda lulus.



Adakah kamu masih menjalinkan hubungan dengannya?

Reaksi kamu: Marah sambil mengutuk keburukan bekas kekasih. Anda gagal.


Reaksi kamu: “Kami masih berkawan, tetapi tidak serapat seperti dahulu”. Anda lulus.


4.Mengukur tahap kesetiaan. Demi menginginkan kejujuran dan kesetiaan daripada insan yang paling disayangi, si dia akan menguji kesetiaan kamu dengan cara berikut:


Pergi melancong 

Reaksi kamu: Tidak pernah menghubungi si dia atau tidak pernah bertanyakan tentang dirinya dan lebih memberi keutamaan kepada teman-teman lain. Anda gagal.


Reaksi kamu: Menghubungi si dia setiap masa dan saling mengotakan janji. Anda lulus.



Meminta bantuan temannya untuk menggoda kamu

Reaksi kamu: Menerima pujukan temannya dan keluar makan bersama. Anda gagal.


Reaksi kamu: Menolak godaan temannya dan mengatakan kamu tidak tertarik dengan pujuk rayu itu. Anda lulus.


  

Friday, January 4, 2013

Cemburu - Tanda Cinta atau Tanda Curiga?

Ermmm... Bayangkan anda baru berkahwin, kemudian dapat tahu pasangan anda mengadakan hubungan sulit dengan orang lain. Buktinya, pasangan anda bersama-sama kekasihnya di dalam rumah berdua-duaan, dan anda sendiri yang melihat perbuatan tersebut. Bagaimanakah perasaan anda? Apakah tindakan anda seterusnya?

Hari ini di dada akhbar terpampang sebuah berita mengenai seorang lelaki yang bekerja sebagai pengawal keselamatan yang baru berkahwin dengan pasangannya selama tiga bulan. Dia cemburu dengan isterinya yang pada ketika itu bekerja di sebuah stesyen minyak, kerana disyakinya mempunyai hubungan sulit dengan seorang penyelia stesyen itu. Cemburu itu menjadi kenyataan apabila kelmarin, pengawal keselamatan itu pulang ke rumah secara tiba-tiba dan mendapati isterinya sedang bercumbuan dengan penyelianya itu.

Suasana bertukar menjadi buruk apabila kedua-dua lelaki bergaduh dan penyelia itu mati setelah ditumbuk dan dipukul bertubi-tubi.

Persoalannya, wajarkah si suami cemburu pada si isteri, sebelum perkara itu benar-benar terbukti di hadapan mata?

Wednesday, January 2, 2013

‎(◠‿◠) Kisah couple (◠‿◠✿

LELAKI : Awak, boleh jadi awek saya? Saya berkenan sgt lah kat awak. Bagi saya, awak perfect sgt..!

PEREMPUAN : Ok, boleh je takde masalah. Couple ke?

LELAKI : Err...kalo dah mintak jadi awek, maknanya couple la tu kan?

PEREMPUAN : Ok. Bila nak kahwin?

LELAKI : Err..boleh tak tunggu saya habis belajar dulu tahun depan, pastu tunggu saya dapat keje stabil dulu. Dalam 3 tahun, insyaAllah.

PEREMPUAN : Ok, kita putus sekarang gak.

LELAKI : Eh, kenapa?????

PEREMPUAN : Kerana tiga sebab

1. Awak ajak saya bergelumang dalam dosa utk 3 tahun tanpa akad yang sah. Tiada jaminan awak takkan jumpa saya, sentuh saya dan hal2 berkaitan. Dalam 3 tahun tu kita akan bercakap hal sia-sia tentang soal hati yang tiada berkesudahan. Nanti ada yang terluka. Saya taknak hati saya terluka. Saya pun taknak hati awak terluka.

2. Kalau tak bersedia nak kahwin kenapa terburu-buru nak jalin hubungan? Sedangkan kahwin ni spesifiknya adalah utk mereka yg betul2 bersedia zahir batin, agamanya, ekonominya wlpn tak kaya,
dan dari banyak sudut. Restu ibu bapa juga perlu difikirkan sama.

3. Lelaki yang beragama tahu bahawasanya ini bukan caranya. Sabar. Tahajjud byk2. Istikharah rajin2. Taubat selalu2. Muhasabah sentiasa2. Ubah slow2. Lelaki beragama takkan beri harapan palsu dengan bermain dengan perasaan, masa dan waktu. Jangan letak harapan seandainya hati tak yakin. Jgn beri harapan pada yang mudah menyerap harapan. Hati wanita ni macam gelas kaca, mudah pecah. Bila dah terluka, susah nak rawat balik. Jangan ada niat nak kahwin je, tapi tindakan ke arah itu tidak ada. Boring. Cari calon ni bukan nak cuba-cuba macam cuba pakaian. Tak sesuai yang ni, amik yg lain lah..

LELAKI : Em..tp sy tetap nak awak. Dah bertahun2 tunggu awk.

PEREMPUAN : Mohon padaNya andai hatiku yang kau pohon.. Bila dah bersedia, cuba cari saya balik. Tapi ni bukan janji atau beri harapan. Jika sy masih blm berpunya, datang mintak dengan ayah mak terus. Bincang dengan dorang. Assalamualaikum.

LELAKI : Waalaikumussalam

P/s : Jauhi COUPLE, dekati NIKAH..

Tuesday, January 1, 2013

Dilapidation Survey or Pre Construction Condition Survey

  1. What is a Dilapidation Survey?
Dilapidation Survey is also known as a pre construction condition survey in Malaysia (or sometimes called structural survey). A dilapidation survey done by a Professional Building Surveyor is an inspection of the existing structural condition of of the surrounding buildings and structures before the commencement of a demolition, construction or development. All prominent defects in the form of cracks, settlement, movement, water seepage, spalling concrete, distortion, subsidence and other building defects will be recorded in photographs together with notes.
A Post-Construction Condition Survey will highlight any building defects that have occurred (or caused by the construction works) since the first survey, or after a construction.

  1. When a Professional Dilapidation Survey Report is required?
A dilapidation survey or pre-construction survey shall be conducted by a Professional Building Surveyor to the existing condition of all the adjoining buildings, including infrastructures before the commencement of demolition, excavation, piling, construction, renovation or before taking over a superstructure work
For Contractors & Developers:
  • Before you carry out any excavation, piling works, demolition, renovation or construction of a new development. A formal dilapidation survey can save you from thousands or millions of dollars claim from third parties.
For Property Owners:
  • Before renovation, alteration & addition (A & A), demolition, construction or reconstruction work carried out at your neighbouring areas.
  • Before any underground construction works carried out in the surrounding areas of your property.
In a post construction condition survey, an building inspection and a comparison will be made against the dilapidation survey/ pre-construction condition survey.

  1. What is the purpose of a Dilapidation Survey?
The purpose of dilapidation surveys or pre construction condition survey is to provide an accurate record, pre construction and post construction works, of the condition of the buildings. While it is not expected that neighbouring construction will cause damage to any building, the survey is undertaken as a precautionary measure.
The survey report done by a Professional Building Surveyor will assist the building owners, contractors and developers in the event of a claim for damage, as the dilapidation survey report provides written documentation on the pre construction condition of the property.