Friday, January 4, 2013

Cemburu - Tanda Cinta atau Tanda Curiga?

Ermmm... Bayangkan anda baru berkahwin, kemudian dapat tahu pasangan anda mengadakan hubungan sulit dengan orang lain. Buktinya, pasangan anda bersama-sama kekasihnya di dalam rumah berdua-duaan, dan anda sendiri yang melihat perbuatan tersebut. Bagaimanakah perasaan anda? Apakah tindakan anda seterusnya?

Hari ini di dada akhbar terpampang sebuah berita mengenai seorang lelaki yang bekerja sebagai pengawal keselamatan yang baru berkahwin dengan pasangannya selama tiga bulan. Dia cemburu dengan isterinya yang pada ketika itu bekerja di sebuah stesyen minyak, kerana disyakinya mempunyai hubungan sulit dengan seorang penyelia stesyen itu. Cemburu itu menjadi kenyataan apabila kelmarin, pengawal keselamatan itu pulang ke rumah secara tiba-tiba dan mendapati isterinya sedang bercumbuan dengan penyelianya itu.

Suasana bertukar menjadi buruk apabila kedua-dua lelaki bergaduh dan penyelia itu mati setelah ditumbuk dan dipukul bertubi-tubi.

Persoalannya, wajarkah si suami cemburu pada si isteri, sebelum perkara itu benar-benar terbukti di hadapan mata?

No comments:

Post a Comment