1. Berikan dia perhatian yang sebenar tanpa menunggu dia memintanya setiap hari.
2. Bila sahaja anda pulang ke rumah, carilah dan peluklah dia dahulu sebelum anda lakukan perkara lain.
3. Berikan dia hadiah yang mengejutkannya pada bila-bila masa, lebih-lebih lagi pada tarikh atau perayaan yang bermakna.
4. Berusahalah untuk memahami dan menyelesaikan masalahnya.
5. Latihlah diri anda untuk menjadi pendengar yang baik serta bertanya soalan yang berkaitan.
6. Rancanglah masa untuk bersamanya lebih kerap.
7. Jangan lupa untuk menelefon dia sekiranya anda terlewat dan pastikan dia memahami masalah anda.
8. Semasa perasaannya tersinggung, tunjukkan rasa simpati dan nyatakan kepadanya:”Saya kasihan awak tersinggung.” Kemudian diamlah. Biarkan dia dapat merasakan bahawa anda memahami yang dia tersinggung.
9. Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa parasnya tetapi biarlah ia realistik.
p/s::kne byk bljo lg nie
No comments:
Post a Comment